Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah Melaka hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot ini akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Mengikut statistik lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.
Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam pula sangat menarik di mana hampir sepanjang perjalanan, jalan-jalan di tepi Sungai Melaka dihiasi dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.
Datanglah melawat ke Negeri Melaka dan marilah menaiki bot Melaka River Cruise, di mana ianya akan menjadi pengalaman yang paling menarik yang tidak dapat dilupakan.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar